Kingdom: The Blood diumumkan, diadaptasi dari siri The Kingdom (Netflix)

Kindom, sebuah siri drama Korea yang popular di penstriman Netflix mengisahkan konflik dalaman negara dan zombie. Siri ini menerima banyak komen yang positif dari penonton dan mereka masih menunggu untuk musim kedua dilancarkan.

Pembangun permainan video dari Korea, Action Square mengumumkan mereka akan melancarkan sebuah permainan yang diadaptasi dari siri Kingdom itu. 

Diberi judul Kingdom: The Blood, ianya berkonsepkan RPG dan dicipta menggunakan Unreal Engine 4. Permainan ini menjanjikan grafik yang unggul dan cara permainan mendebarkan untuk menumbangkan Zombie yang terlepas di dalam perkampungan.

Namun begitu, tidak banyak info yang boleh didapatkan setakat ini untuk permainan itu. Apa yang pasti, ianya pasti menarik untuk dijadikan permainan pilihan bagi mereka yang menyukai drama siri The Kingdom yang dilancarkan oleh Netflix itu.

RELATED NEWS

+