Kisah 5 hero Mobile Legends paling jahat, No.5 paling tak disangka-sangka

Setiap hero di dalam Mobile Legends:Bang Bang mempunyai kisah mereka yang tersendiri. Sudah pasti banyak kuasa mereka berasal dari penceritaan mereka masing-masing.

Dari cerita yang sedih sehingga yang menarik, terdapat juga beberapa hero Mobile Legends yang sangat sadistik dan jahat.

Ini Kisah 5 Hero Mobile Legends Yang Paling Jahat:

1. Zhask – Raja Swarms

Wallpaper HD Zhask Skin Edition Mobile Legends For PC and Phone – Mobile  Legends Tips and Tricks

Zhask adalah satu makhluk dari negara Kasityan. Negara itu terkenal dengan kesadisan dan sentiasa menjaga koloni mereka.

Semua orang di sana mempunyai satu kuasa paranormal yang boleh mengawal masa dan minda untuk menguasai kaum yang lemah.

Selepas berubah, negara Kastiyan berjaya memanipulasi banyak roh dari serangga Domorey yang digelar Nightmaric Spawn.

Zhask hanya mempunyai satu tujuan iaitu untuk dominasi, membunuh dan penyeksaan.

2. Alice – Permaisuri Darah

Mobile Legends Alice Build Guide - mmosumo

Alice pada asalnya hanya seorang anak luar nikah yang dibenci keluarganya, Antalus. Tetapi Alice mempunyai dua orang abang yang dikatakan lebih hebat daripadanya iaitu Colin dan Simon.

Pada suatu hari Alice menjumpai satu suara syaitan yang mahu memberinya kuasa. Alice sentiasa membesar di dalam kebencian dan ketidakadilan.

Selepas bertahun-tahun berjaya membuat dua abangnya bergaduh dengan menghasut kedua-dua belah pihak untuk membunuh sesama sendiri.

Akhirnya , berjaya membuat Simon membunuh abangnya Colin.

Alice kemudian menggunakan ayahnya, Brun untuk bertindak membunuh Colin selepas memberitahu Colin adalah dalang kematian Simon.

Dia menggunakan kecerdikan dan manipulasinya untuk menghancurkan kaumnya sendiri. Alice akhirnya membunuh Brun dengan meracun Brun secara senyap.

‘Hero’ ini kini menjadi kuasa besar kaum Antalus dan kini membawa semua kaumnya untuk memberi khidmat kepada Lord of the Abyss.

 

3.Vexana – Penyeru Kematian

Vexana Build Guide Mobile Legends - mmosumo

Vexana sebenarnya adalah permaisuri yang sangat baik dan sayang terhadap suaminya.

Namun semua ini berubah apabila Alice datang menghancurkan negaranya.

Alice menggunakan kecantikannya untuk memanipulasi suami Vexana dan Alice berjaya membuat suaminya terus melupakan rakyat dan isterinya.

Sejak itu, Vexana kini sangat cemburu dan membuat perjanjian untuk sentiasa menjadi muda dan cantik dari kuasa kejahatan. Kini setiap perempuan cantik di dalam negaranya sudah hilang.

Vexana mahu sentiasa hidup cantik selama-lamanya.

Kini Permaisuri Vexana bertukar menjadi satu entiti yang menakutkan dan sangat dahsyat.

4.Helcurt – Pembawa Kegelapan

How To Use Helcurt in Mobile Legends: A Beginner's Guide - Blooing

Helcurt adalah satu bangsa yang misteri dalam dunia Land of Dawn.

Dia dari bangsa yang boleh memakan cahaya dan menyebarkan kegelapan.

Bangsa ini juga sangat mudah untuk membunuh musuh apabila mereka boleh pergi ke dimensi lain dan menyelinap ke belakang musuh.

Bangsa Helcurt juga dikurniakan ekor yang sangat toksik dan sesiapa sahaja yang menyentuh ekor itu tidak akan hidup. Racun toksik itu juga adalah punca kejatuhan kaum Helcurt.

Namun, Helcurt kini kembali dalam Land of Dawn untuk menyebarkan kegelapan dan ketakutan.

5. Argus – Malaikat Kegelapan

The story of Argus in Mobile Legends – Esports

Argus sebenarnya berasal daripada syurga bersama Rafaela. Dia dihantar untuk memulakan satu agama baru untuk Land of Dawn.

Namun, Argus ditugaskan untuk menghancurkan kejahatan dan Rafaela untuk membantu kesengsaraan semua makhluk.

Tetapi disebabkan banyak berlawan di Land of Dawn mengubah Argus menjadi jahat dan sangat taksub dengan kuasa yang tidak boleh dikalahkan.

Sehingga satu hari, Argus mendengar satu suara dari satu makhluk kuno dan Argus mengorbankan dirinya untuk pedang Blazing Demonic Blade.

Kini Argus mengembara serata dunia untuk memulakan perang dan memakan semua roh-roh mangsanya dengan Blazing Demonic Blade.

Apa lagi hero-hero jahat yang anda tahu dalam Mobile Legends Bang Bang?

RELATED NEWS

+