“Kita pilih Xorn berdasarkan statistik,” – Ashi

Pengurus pasukan Todak MLBB, Mohd Syazlan Mohd Rosdi (Ashi) mengatakan pemilihan Zul Hisham (Xorn) dalam kemasukan  ke pasukan kontinjen negara bagi menghadapi Sukan SEA 2021 adalah berdasarkan statistik dan bukannya emosi.

“Memang kita pilih Xorn berdasarkan statistik. Bukan sahaja memandang kira yang terkini (MPL MY S9) tapi kita ambil secara keseluruhan dan ‘keistimewaannya’ untuk bergabung bersama Todak.

“Bagi isu Geek Fam terkandas di musim liga tidak menjejaskan keputusan kami. Saya dah kenal Xorn dari Mystic Burden, pernah bermain satu pentas yang sama.

“Insya-Allah apa yang saya nampak kemahiran ada pada Xorn boleh membantu skuad negara mendapatkan pingat emas bagi Sukan SEA ini,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Ashi juga berharap semua rakyat Malaysia terutamanya peminat dapat mendoakan perjalanan atlet-atlet ini dipermudahkan.

“Saya yakin kami dapat bekerjasama baik bersama Xorn.

“Terima kasih juga kepada Geek Fam kerana bersama kami dalam perjuangan ini,” akhirinya.

Terdahulu, Pengurus Pasukan Negara, Kelvin Pang mengumumkan kemasukan Xorn ke dalam senarai atlet MLBB negara yang akan bermain di Sukan SEA 2021.

Pengumuman itu bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi netizen yang bersetuju dan ada juga sebaliknya, menyatakan terdapat pemain lain yang lebih bagus mengikut merit di musim liga MPL MY S9.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Ia dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

Foto: Harian Metro

RELATED NEWS

+