Knockout City Season 2 tiba dengan Fight at the Movies

Knockout City mengumumkan musim terbaru iaitu “Fight at the Movies”. Musim bertemakan filem itu akan memperkenalkan arena baru, peralatan baru dan bola baru yang bertemakan ‘pergi ke panggung dan nikmati blockbuster hebat’.

Di EA Play Live, permainan PvP dodgeball itu akan tiba pada 27 Julai. Fight at the Movie mengandungi peta baru dengan arena yang diinspirasikan filem, di samping senjata baru Soda Ball yang akan memercikkan soda melekit pada pesaing sekeliling.

Peralatan baru bertemakan filem juga akan tersedia di menu, bersedia untuk kosmetik baru, Playlists dan pelbagai lagi di League Play musim terbaru. Knockout City adalah percuma untuk dicuba hingga Street Rank 25. 

Jadi jika anda  berminat, anda boleh cuba sekarang. 

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI

RELATED NEWS

+