MyGameOn (MGO) Lunchtime Cup seterusnya pada 20 dan 21 November bakal menerima tajaan daripada Knorr Malaysia."> MyGameOn (MGO) Lunchtime Cup seterusnya pada 20 dan 21 November bakal menerima tajaan daripada Knorr Malaysia." /> MyGameOn (MGO) Lunchtime Cup seterusnya pada 20 dan 21 November bakal menerima tajaan daripada Knorr Malaysia." />

Knorr Malaysia penaja MGO Lunchtime Cup, hadiah kemenangan terbesar RM4,000

MyGameOn (MGO) Lunchtime Cup seterusnya pada 20 dan 21 November bakal menerima tajaan daripada Knorr Malaysia.

Ini adalah kerjasama pertama Knorr Malaysia dalam industri e-sukan. 

Kejohanan kali ini dimeriahkan dengan hadiah kemenangan terbesar dalam sejarah MGO Lunchtime Cup iaitu sebanyak RM4,000.

MGO Lunchtime Cup juga akan disertai oleh dua individu terkenal dalam dunia e-sukan iaitu Master Ramen dan Fattah Zie.

Master Ramen yang dikenali peminat sebagai ‘Bapa E-sukan’ bakal menjadi hos/streamer pada 20 November ini.

Fattah Zie yang terkenal sebagai penghibur penstriman langsung popular tempatan terutama dengan PUBG Mobile.

PUBG Mobile room akan dibuka kepada semua orang yang menonton MGO Lunchtime Cup dan mereka boleh menyertai sebagai pemain. Sehingga 100 orang pemain akan bertanding untuk mencari siapa yang akan raih Winner Winner Chicken Dinner.

Bagi pemenang yang berjaya mendapat Chicken Dinner, wang tunai yang dimenangi akan bergantung kepada jumlah penonton acara langsung (live viewers) di livestream MGO Lunchtime Cup.

Sebagai contoh 10 penonton bersamaan RM30 dan jika 1,000 penonton bersamaan RM3,000!

Tidak dilupakan, penonton juga bakal berpeluang memenangi hadiah melalui giveaway dengan wang terkumpul sebanyak RM1,000 untuk dua penonton bertuah.

Sebagai penonton, anda hanya perlu melakukan perkara-perkara tersedup untuk menyertai giveaway:

  • Like livestream MGO Lunchtime Cup
  • Share livestream MGO Lunchtime Cup
  • Comment ” 🍗🍗🍗 #LTC2021 #PUBGM #MyGameOn
  • #GameOnWithKnorr

Kali ini Knorr cuba untuk menjadi lebih peka terhadap industri e-sukan tanah air dan akan membawa sesuatu yang menyedapkan untuk para peminat gaming dan e-sukan di Malaysia.

Knorr walaupun terkenal dengan produk untuk memasak tetapi kali ini menjadikan juadah anda lebih seimbang dan menyihatkan dengan Knorr Mashed Potato yang tiada tambahan MSG dan juga Chicken Bolognese dengan sos tomato manis berperisa ayam.

Knorr Mashed Potato dan Chicken Bolognese ini sangat sesuai untuk sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa termasuklah ketika menonton livestream e-sukan ataupun berehat selepas sesi bermain permainan video.

Mudah sahaja bagi anda menyediakan Knorr Mashed Potato dan Chicken Bolognese ini, tambah air panas sahaja.

Untuk mendapat maklumat lanjut tentang variasi perisa-perisa terbaru daripada Knorr anda boleh rujuk laman Facebook Knorr Malaysia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram. Saksikan kami di Youtube.

RELATED NEWS

+