KOHAI bekerjasama dengan Madness Esports

Penaja utama pasukan Geek Fam, KOHAI, melebarkan sayapnya dengan bekerjasama bersama pasukan Madness Esports untuk divisi MLBB.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Madnss Gaming (@themadnessgaming)

Menerusi hantaran Instagram Madness Esports itu, KOHAI memilih pasukan itu sebagai pasukan pertama dari peringkat (tier) kedua untuk bernaung di dalam keluarga besar KOHAI.

“Ini akan memberi suntikan semangat kepada para pemain bagi lebih berdaya saing dan berusaha untuk mencapai ke peringkat tertinggi dengan melayakkan diri ke peringkat liga MPL MY musim ke-10,” tulisnya.

Kerjasama ini terhasil disebabkan KOHAI ingin memberikan tumpuan kepada pasukan yang berada di peringkat kedua untuk berkembang secara sihat di peringkat Asia Tenggara terutamanya di Malaysia.

Pihak KOHAI juga mempunyai visi dalam mencari bakat bakat baru di dalam arena kompetitif MLBB dan mereka percaya, mereka harus memulakannya dari peringkat akar umbi.

Foto: Instagram Madness Esports

RELATED NEWS

+