Godzilla akan menyambut ulangtahun ke-70 tahun in.
Kaiju ikonik ini juga akan membuat kolaborasi dengan Digimon.
Kolaborasi ini juga ada memperkenalkan Digimon Agumon Line + Godzilla yang baharu dengan warna pink Godzilla hasil gabungan dengan Wargreymon.
Setakat ini masih belum ada lagi nama yang diberikan untuk gabungan Wargreymon x Godzilla ini.
DigiVice baharu juga akan diperkenalkan dengan versi warna.
Digimon juga akan membuat satu Original Video Animation (OVA) khas untuk meyambut King of the Monsters.
Raja Monster ini juga akan mengadakan pelbagai lagi jenis sambutan untuk ulangtahun ini dari filem, animasi, TV, hasil seni dan pelbagai lagi!
Godzilla kini dalam dunia Digital Monsters!