Kolaborasi Ismail Izzani dengan Garena Free Fire

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Kini giliran Ismail Izzani pula untuk kolaborasi dengan Garena Free Fire.

Light the World on Fire Bersama Ismail Izzani dan Free Fire!

Dengan tema “Free Fire Untuk Semua” kempen kali ini sudah pun bermula pada 17 Mei sehingga 3 Jun ini.

Kempen ini juga akan berlangsung sehingga Ogos.

Ismail Izzani juga ada mengeluarkan lagu tema untuk dipersembahkan bagi acara ini dan diulas secara ringkas bertemakan “Heroes Arise”

Gelombang kedua acara ini akan dinamakan “Free Fire Untuk Semua Hobi” dan memberi fokus dalam memperkasakan hobi pemain melalui cara yang berbeza dengan semangat bersama untuk mendorong mereka.

Terdapat juga segmen baru “Semua Hobi” yang mempamerkan kandungan kolaborasi dengan kuiz muzik video untuk pelancaran akan datang.

Permainan mini baharu ini akan dipanggil “Teka Hobi” yang dimana pemain Free Fire akan menjadi Survivors dan boleh memenangi banner Blue Ace bersama-sama token untuk semua.

Maklumat lanjut boleh didapati di laman rasmi Garena Free Fire di Facebook dan YouTube rasmi Free Fire Malaysia.

RELATED NEWS

+