Kolaborasi Lawson dan MPL Filipina bawa kehangatan buat peminat tempatan

Sebuah francais kedai serbaneka, Lawson Philippines, Inc. bersama Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPL) Filipina ini bekerjasama untuk membawa barangan dalam permainan dan cenderahati buat peminat-peminat.

Bermula 24 Ogos hingga 25 Oktober ini, peminat boleh membeli Lawson Blends Iced Coffee 12oz atau 12 Houseblend Iced Tea dan akan menerima cawan khas dengan nama pasukan. Di samping, terdapat carta yang menentukan populariti setiap pasukan di kesemua kedai Lawson di Filipina.

Carta itu akan dikemaskini setiap minggu di setiap kedai, dan peminat berpeluang untuk memenangi barangan eksklusif dalam permainan dengan membeli Lawson Blends Iced Coffee atau Houseblend Iced Tea dengan menebus kod istimewa yang terdapat di bawah cawan, di SINI

Selain itu, peminat juga berpeluang untuk memenangi cenderahati fizikal dengan mengumpul lapan cawan, selain penawaran kredit kedai Lawson, sebagai sebahagian daripada kolaborasi mereka. 

Harap-harap dapat keluar di Malaysia juga.

Untuk maklumat lanjut mengenai kolaborasi ini, sila layari laman rasmi MPL Filipina dan laman sosial Facebook, YouTube dan TikTok mereka. 

RELATED NEWS

+