Kolaborasi Mobile Legends dan Star Wars bakal kembali lagi?

Bsberapa bulan lalu, Moonton berkolaborasi melalui Mobile Legends bersama francais Star Wars. Melalui kolaborasi itu, mereka melancarkan dua skin hero istimewa iaitu Darth Vader untuk Argus dan Master Yoda untuk Cyclops.

Kali ini, seorang dataminer, dafrixkun, melalui laman Instagramnya, mendedahkan kolaborasi Mobile Legends x Star Wars akan kembali sekali lagi pada Disember ini. Dikatakan bahawa Alucard akan mendapat skin istimewa sebagai Obi Wan Kenobi. 

Namun, buat mana ini, pihak Moonton masih belum mengesahkan atau mengeluarkan perincian mengenai kolaborasi kali ini. Jadi, anda boleh mengambil perihal ini hanya sebagai khabar angin buat masa ini.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+