Kolaborasi POCO Buds pro edisi Genshin Impact

POCO kini melancarkan Buds Pro Genshin Impact Edition sempena pelancaran POCO F4 GT.

Buds Pro Genshin Impact Editon

Fon telinga nirwayar ini akan membawa Xiaomi sebagai jenama bersama.

Warna yang dikeluarkan adalah berdasarkan Klee karakter Pyro dari Genshin Impact.

Fon telinga ini mempunyai warna merah Klee dengan rekaan daun clover bewarna emas.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition front view

POCO mengatakan Buds Pro Genshin Impact ini mengguna teknologi kecerdasan artifisial (AI) untuk menghilangkan bunyi bising mengikut persekitaran anda dan rutin harian.

Mikrofon yang digunakan dikatakan akan kekal jelas kedengaran walaupun di tempat yang bising.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition top down view

Bateri fon telinga ini dikatakan dapat bertahan selama 28 jam (bersama case) dengan hanya 10 minit pengecasan pantas termasuk pengecas nirwayar yang boleh mengecas sehingga penuh mengambil masa satu jam.

POCO Buds Pro Genshin Impact Edition earbuds only

Fon telinga ini juga boleh disambungkan ke dua peranti serentak tanpa masalah dan mempunyai IPX4 kalis air.

POCO Buds Pro Genshin Impact akan mula di jual di Shopee hari ini bermula jam 11.59 malam dengan harga bermula RM299 untuk pembeli terawal.

RELATED NEWS

+