Kolaborasi PUBG Mobile & Resident Evil 2 Bakal Tiba Pada 25 Januari

PUBG Mobile akan menyambut pelancaran Resident Evil 2 dengan satu acara khas yang bakal menghantui pemain.

Acara yang menggabungkan dua kerjasama antara Capcom dan Tencent Games sudah lama diacah oleh kedua-dua pihak seperti dilihatkan dalam trailer di bawah.

Video acah ini menunjukkan sedutan Resident Evil 2 Remake iaitu sebuah game bertemakan survival horror berdasarkan game dengan nama sama yang dikeluarkan pada tahun 1998. Game ini akan dilancarkan pada hari esok, 25 Januari.

Memandangkan siri Resident Evil memerlukan pemain untuk bertahan hidup dalam apokalips zombi, kami merasakan PUBG Mobile mungkin bawakan mod pertempuran zombi dalam gaya battle royale. Jom lihat paparan baru yang didedahkan oleh pembangun di bawah.

Helmet level 3 ditonjolkan di atas kelihatan diselaputi dengan zombi, jadi mungkinkah kita berhadapan dengan segerombolan zombi nanti? Hmmm…

Ini bukan pertama kali elemen zombi dalam battle royale pernah dilakukan. Baru-baru ini, Call of Duty Black Ops 4 juga memasukkan zombi dalam mod battle royale mereka, Blackout.

PUBG Mobile juga pernah melakukan kolaborasi dengan francais popular yang lain. Game mobile ini juga pernah mengadakan acara Mission Impossible: Fallout x PUBG Mobile khas semasa pelancaran filem aksi dibintangi Tom Cruise itu yang memberikan kostum baru kepada pemain pada bulan Ogos lepas.

RELATED NEWS

+