Komuniti Muslim COD jumpa helaian Al-Quran di dalam peta Zombie Vanguard

Pemain-pemain Muslim Call of Duty: Vanguard kali menemukan sesuatu yang cukup mengejutkan apabila mereka menemukan helaian Al-Quran yang bertebaran di dalam peta Zombie. 

Berikutan penemuan ini, pemain menggunakan Twitter untuk meminta pembangun COD memberikan penjelasan dan membaiki isu yang tidak menghormati sensitiviti agama.  

Kandungan Zombie bagi COD: Vanguard ini dikatakan dibangunkan oleh Sledgehammer Games dan Treyarch Studio yang bekerja dibawah Activision. 

Sebelum ini, pernah dilaporkan menemukan ayat al-Quran sebagai hiasan di dalam tandas di sebuah peta di dalam Modern Warfare 2. Peta itu kemudiannya dipadam selepas mendapat kecaman daripada komuniti Muslim dan orang ramai. 

Buat masa ini, pihak pembangun dan Activision masih belum memberi respon  mengenai hal ini. 

Sumber: Dexerto

RELATED NEWS

+