diluluskan di China, terdapat segelintir pihak komuniti MLBB risau kerana China akan menguasai permainan itu di pentas dunia."> diluluskan di China, terdapat segelintir pihak komuniti MLBB risau kerana China akan menguasai permainan itu di pentas dunia." /> diluluskan di China, terdapat segelintir pihak komuniti MLBB risau kerana China akan menguasai permainan itu di pentas dunia." />

Komuniti risau China bakal menguasai MLBB?

Selepas berita tentang Mobile Legends diluluskan di China, terdapat segelintir pihak komuniti MLBB risau kerana China akan menguasai permainan itu di pentas dunia.

Permainan yang diberi nama The Pinnacle of Decisive Victory ini sudah diluluskan oleh Pentadbiran Akhbar dan Penerbitan Negara (NPPA) China.

Mereka menggangap bahawa penguasaan pasukan daripada Asia Tenggara akan berakhir jika China bermain di pentas kompetitif antarabangsa.

Setakat ini, Filipina dan Indonesia sangat kuat di pentas dunia di mana Filipina menjuarai tiga siri-M sebelum ini dan Indonesia menjuarainya pada siri pertama.

Bukan itu sahaja, ada yang perpendapat bahawa peluang pasukan Malaysia untuk menjuarai pertandingan di peringkat antarabangsa agak tipis.

Tetapi ramai yang mengambil berita ini sebagai berita baik kerana ia akan membesarkan lagi imej MLBB di mata dunia.

Ia akan membuatkan MLBB lebih kompetitif di peringkat antarabangsa dengan tambahan dari wilayah seperti Timur Tengah dan Afrika Utara (MENA), Amerika Utara (NA), dan Amerika Selatan (SA).

China memang terkenal di pentas e-sukan dunia selepas mereka sangat kuat dalam permainan video terutama sekali permainan MOBA seperti Dota 2, League of Legends dan lain-lain.

Foto dan Video: IGN SEA, DJY

RELATED NEWS

+