Konami Memperkenalkan Permainan Seakan Super Smash Bros Di Telefon Pintar

Pengguna konsol dan PC, korang tak lama lagi boleh main Jump Force tapi di telefon pintar!

Ia akan menampilkan beberapa karakter dalam Weekly Shonen Jump: Jikkyou Janjan Stadium. Ini adalah trailer baru untuk rujukan korang. Terdapat 39 karakter di dalamnya apabila dilancarkan nanti.

Konami menampilkan karakter yang sangat comel seperti “JanJan Characters”. Karakter ini mempunyai gerakan yang ikonik digunakan dalam permainan.

Permainan mudah alih ini memperkenalkan perlawanan Battle Royale sehingga 4 orang dan mempunyai butang kawalan mudah untuk serangan spesial. Korang boleh main solo atau sehingga 4 rakan.

Weekly Shonen Jump: Jikkyou Janjan Stadium akan dilancarkan di Jepun pada tahun ini untuk iOS dan Android. Bagi pasaran Malaysia, belum ada berita terbaru mengenainya setakat ini.

Sumber: Siliconera

RELATED NEWS

+