Konami Umum Contra Anniversary Collection – Ini Senarai Penuh Semua Game Contra

Sempena ulangtahun ke-50 untuk Konami, syarikat ini mengembalikan memori nostalgik dengan koleksi penuh – Contra Anniversary Collection.

Koleksi ini mengandungi game Contra dari pelbagai jenis platform seperti Contra versi arked sehinggalah ke Contra III: The Alien Wars untuk SNES. 

Inilah senarai game yang termasuk dalam Contra Anniversary Collection:

  • Contra (Arked)
  • Contra (NES)
  • Contra (Famicom)
  • Super Contra (Arked)
  • Super C (NES)
  • Contra III: The Alien Wars (SNES)
  • Super Probotector: Alien Rebels (SNES)
  • Contra: Hard Corps (Sega Genesis)
  • Probotector (Sega Mega Drive)
  • Operation C (Game Boy)

Melihat kepada senarai ini, ini menawarkan pengalaman side-scrolling 3D Contra yang merentas pelbagai zaman sejak dilancarkan pada 1987. Ini juga beri peluang kepada pemain baru yang mahu bermain game Contra lepas.

Contra (1987) versi arked

Selain 10 game di atas, pemain akan menerima buku digital menerangkan sejarah siri Contra berserta 6 game Contra versi Jepun secara percuma:

  • Contra (Arked)
  • Super Contra (Arked) – dikenali sebagai Super Contra: Alien No Gyakushu di Jepun
  • Super C – dikenali sebagai Super Contra di Jepun
  • Contra III: The Alien Wars – dikenali sebagai Contra Spirits di Jepun
  • Operation C – dikenali sebagai Contra di Jepun
  • Contra: Hard Corps – dikenali sebagai Contra: The Hard Corps di Jepun

Setakat ini, tiada pengumuman untuk tarikh rasmi Contra Collection Anniversary tapi ia dijangka akan keluar pada tahun ini. Game ini akan dikeluarkan secara digital sahaja di PS4, Xbox One, Nintendo Switch dan PC (Steam).

Tahukah anda? Bill dan Lance juga pernah muncul di mobile bertajuk Contra Return.

Sumber: IGN

RELATED NEWS

+