Kontroversi penapisan permainan video popular Lost Ark

Lost Ark permainan video MMORPG yang datang bagaikan ribut sehingga membecahkan beberapa rekod permainan video di pelantar Steam.

Ada penapisan boleh dikatakan elok namun ada juga yang tidak elok.

Sudah diketahui, Lost Ark mempunyai tapisan mereka sendiri untuk di pelayan di barat dan dikeluarkan oleh Amazon Games.

Namun kontroversi pula melanda terdapat berbezaan dari segi pelayan Korea dan pelayan Russia.

Youtuber bernama LOWE juga ada membuat beberapa perbandingan dan perbezaan diantara pelayan yang lain.

Jadi apa yang ditukarkan?

Warna Kulit

Paling pelik adalah penukaran beberapa warna kulit karakter NPC yang dikatakan hanya untuk menunjukkan kepelbagaian.

Penukaran ini tidak masuk akal dan apa yang ditunjukkan juga tidak memberi makna apa-apa.

Pakaian

Beberapa pakaian ditukarkan mengikut versi pelayan yang anda main supaya lebih sopan berbanding pelayan di Korea.

Affinity System

Terdapat dua karakter NPC di dalam permainan ini yang anda boleh naikkan affinity dan apabila affinity penuh anda boleh keluar bersama-sama karakter tersebut dan satu babak akan dimainkan.

Babak itu dikatakan sudah dibuang dari Lost Ark.

Face Presets

https://www.gamepressure.com/gallery/html/news/bigphotos/preview/527330171.jpg

Malah ketika pembuatan karakter ada juga beberapa preset muka dibuang dari versi Amerika Utara dan Eropah.

Ini membuatkan ramai peminat Lost Ark marah kerana tidak dapat membuat karakter yang mereka mahukan.

Malah ada juga yang ditukarkan warna kulitnya juga.

Menjadikan kontroversi ini bertambah terdapat seorang pemain yang juga telah diharamkan dari Lost Ark kerana membuat kritikan ini kepada Amazon.

Amazon Games dikatakan mengelak semua dialog yang dibuat oleh peminat Lost Ark dan sebaliknya akan diharamkan pula di forum Steam.

Image

Itu adalah satu-satu kenyataan yang dikeluarkan oleh staf Amazon Games.

“Pakaian original tersebut tidak buang, dan bukan itu sahaja malah kami juga menambahkan beberapa pilihan lain.”

Setakat ini masih belum ada lagi apa-apa perubahan yang akan dibuat dan kemungkinan besar akan dikekalkan.

RELATED NEWS

+