Korang Boleh Tonton Netflix Serendah RM17 Sebulan Melalui Pelan Mobile Baru

Berita baik kepada mereka yang gemar menonton Netflix di peranti mudah alih.

Netflix mengumumkan Malaysia jadi negara Asia Tenggara pertama menerima pelan mobile baru yang mana menawarkan harga serendah RM17 sebulan. 

Dari kiri: Ketua Komunikasi Asia Tenggarah, Leigh Wong & Pengarah Inovasi Produk, Ajay Arora

Pelan mobile ini juga berpeluang untuk menikmati semua katalog hiburan tempatan dan antrabangsa bersama-sama ciri Parental Controls untuk memberi pilihan sesuai untuk tontonan umum, ciri Smart Downloads yang akan memuat turun episod baru setelah pelanggan habis menonton satu episod, antaramuka pengguna (UI) adaptif dan cara kongsi ke media sosial.

Netflix menawarkan harga pakej harga terendah ini setelah melihat 78 peratus pengguna Internet di Malaysia meluangkan masa untuk strim dan muat turun hiburan. Lebih-lebih lagi, pelanggan Netflix Malaysia menonton dua kali ganda lebih kerap melalui telefon pintar berbanding negara lain.

Melalui pelan ini, pelanggan boleh menonton semua kandungan Netflix tanpa gangguan khas untuk peranti mobile dan tablet sahaja.

Pengarah Inovasi Produk, Ajay Arora

Untuk mencapai harga yang murah ini, korang hanya boleh tonton rancangan kegemaran dalam resolusi Standard Definition (SD) iaitu bersaiz 480p berbanding HD (720p) atau Ultra HD (1080p). Perlu diingatkan, pakej ini tidak boleh ditonton melalui laptop dan TV.

Sekilas pandang, pakej termurah ini mungkin tidak berbaloi tetapi Netflix kini membawa masuk banyak filem dan TV tempatan seperti Pulang, siri Polis Evo, Jaga dan banyak lagi. Kalau korang nak teringin sangat nak tengok siri Stranger Things dan pelbagai siri asli Netflix lain, maka pelan ini berbaloi untuk korang.

Apa pendapat korang pula? Kongsikan bersama kami di FacebookTwitter dan Instagram.

TAGS

RELATED NEWS

+