Korang Hanya Perlu 60 Saat Untuk Main Minit – Game Percuma Di Epic Games Store

Epic Games Store sentiasa tak putus-putus berikan game percuma. 

Kali ini pula tiba giliran Minit iaitu sebuah game indie puzzle hitam putih dalam bentuk pixel yang mana korang bermain sebagai seorang individu yang hanya hidup selama satu minit untuk setiap hari apabila dia tak sengaja mengambil pedang terdampar di tepi pantai. 

Dalam jangka 60 saat, korang perlu menongkah arus cabaran untuk mengetahui misteri di sebalik sumpahannya. Walaupun hidup korang hanya bertahan selama 1 minit, korang boleh menyimpan semua barang korang dapati dan kembali ke tempat checkpoint save terakhir korang singgah.

Harap-harap korang sempat save sebelum bercakap dengan orang tua ini, ya.

Minit sekarang boleh ditebus secara percuma melalui Epic Games Store (untuk PC sahaja).

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+