Kostum DOOM Guy akan muncul dalam Fall Guys

Sebuah trailer tentang kolaborasi baharu Fall Guys: Ultimate Knockout telah dikeluarkan oleh Mediatonic. Kolaborasi kali ini adalah antara Fall Guys dan DOOM (Bethesda). Beberapa kostum baharu dari siri permainan DOOM akan dimasukkan dalam Fall Guys pada 12 Januari ini.

Tiga kostum baharu yang akan diperkenalkan dalam Fall Guys ialah DOOM Guy, Cyberdemon, dan Cacodemon. Mediatonic tidak mendedahkan harga Crown dan Kudos yang diperlukan untuk membeli kostum-kostum ini.

Ini merupakan satu kolaborasi yang sangat menarik kerana DOOM merupakan siri permainan yang agak ganas. Oleh itu, ia menonjolkan aspek kontras yang agak melucukan.

Fall Guys: Ultimate Knockout kini boleh dibeli untuk PC dan PlayStation 4 (PS4).

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+