Krafton saman Apple, Google, Garena kerana Free Fire?

PlayerUnknown’s Battlegrounds atau PUBG adalah salah satu permainan genre battle royale yang paling terkenal. Ini kerana ia adalah permainan yang paling awal dalam genre itu. Permainan itu dilancarkan pada awal tahun 2016 dan PUBG Mobile pula dilancarkan pada tahun 2018.

Kini, Krafton, syarikat induk pembangun dan penerbit PUBG, menyaman Apple, Google dan Garena, mendakwa pelanggaran hak cipta oleh permainan battle royale mudah alih Free Fire.

Menurut laporan daripada Reuters, Free Fire dikatakan meniru beberapa aspek permainan PUBG seperti “struktur permainan, item dalam permainan, peralatan dan lokasi,”

Walaupun Garena disaman kerana membangunkan Free Fire itu, Google dan Apple disaman sekali kerana mengedarkan Free Fire di gedung aplikasinya.

Laporan itu juga menunjukkan bahawa Krafton sudah memohon Garena, Apple, dan Google untuk berhenti daripada mengedarkan permainan itu Disember lalu. Disebabkan tiada tindakan dari pihak tiga syarikat itu, Krafton membawa kes ini ke mahkamah di California untuk menyekat permainan dan menuntut ganti rugi yang dikatakan termasuk keuntungan Garena daripada jualan item dalam permainan.

Selain itu, Krafton juga menyebut Free Fire MAX sebagai salah sebuah permainan yang juga meniru elemen permainan hasil Krafton itu. 

YouTube juga dinamakan sebagai defendan kes ini kerana pernah menganjurkan video permainan Free Fire, serta filem Cina yang dikatakan oleh Krafton sebagai dramatisasi aksi langsung permainannya.

Walaupun PUBG Mobile dengan cepat menjadi judul permainan mudah alih terkemuka sejak dikeluarkan empat tahun lalu, ia menghadapi persaingan daripada Garena Free Fire.

Tuntutan Krafton datang tidak lama selepas syarikat itu mengeluarkan permainan mudah alih baharu, PUBG: New State, yang dikeluarkan pada bulan November.

Sumber rujukan: Reuters, Dexerto

RELATED NEWS

+