Krafton selamatkan Tango Gameworks – Harapan cerah buat peminat Hi-Fi Rush dan lain-lain!

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Tango Gameworks antara mangsa penutupan studio permainan video pada bulan Mei lepas kerana Microsoft melepaskan beberapa studio permainan video sudah dibeli oleh mereka.

Syarikat dari Jepun itu akhirnya diselamatkan dan kembali semula di bawah Krafton iaitu pengeluar PUBG.

Tango Gameworks kini diambil alih oleh Krafton mulai 12 Ogos dalam pengumuman mereka semalam.

Hi-Fi Rush by Tango Gameworks

Krafton juga mempunyai perancangan untuk menyambung  Hi-Fi Rush selepas berjaya mendapatkan hak cipta untuk projek itu.

Diasaskan oleh Shinji Mikami pada tahun 2010, Tango Gameworks diambil alih oleh ZeniMax Media (di bawah naungan Microsoft) pada tahun 2021.

Tango Gameworks logo

Sejak itu mereka berjaya mengeluarkan banyak permainan video yang berjaya seperti siri The Evil Within, Ghostwire: Tokyo dan sudah semestinya Hi-Fi Rush yang menjadi kegilaan ramai.

Penutupan Tango Gameworks adalah disebabkan Matt Booty selaku Esekutif Xbox mengumumkan mereka bakal menutup beberapa studio permainan video lain termasuk Tango Gameworks.

Ini adalah berita baik kerana penutupan Tango Gameworks awal tahun ini sangat tidak masuk akal.

RELATED NEWS

+