Kuala Lumpur juara sulung MEL22 Free Fire, ketepikan dua pasukan pilihan

Pasukan Free Fire, KenotBrain yang mewakili Kuala Lumpur ditabalkan sebagai juara bagi Liga E-sukan Malaysia (MEL) 2022 bagi edisi pertama permainan Free Fire diadakan. 

Kejohanan yang diadakan dua hari itu dilihat memberi output yang positif kerana gabungan pemain berstatus pro dan semi-pro dikumpulkan dalam satu pasukan.

Pada Grand Final semalam, pasukan Kuala Lumpur berjaya merangkul kejuaraan MEL22 Free Fire walaupun hanya mengutip satu Booyah.

Pasukan KenotBrain tampak konsisten sepanjang pusingan kerana pungutan 52 mata ranking iaitu ketiga tertinggi selepas tamat lapan pusingan.

Secara keseluruhan, KenotBrain mencatatkan 154 mata keseluruhan dan 102 mata singkir.

Di samping itu, pasukan Tok Dalang dari Johor yang merupakan pasukan pilihan sekadar dua mata dibelakang juara. Meskipun tiada sebarang Booyah tetapi 116 mata singkir yang didapatkan menunjukkan komposisi pasukan Johor agak kukuh.

Pasukan Melaka, ORV Enchanted menduduki tempat ketiga selepas meraih dua Booyah dengan konsistensi 65 mata ranking yang tertinggi antara lapan pasukan yang berentap.

82 mata singkir juga mengukuhkan tempat pasukan itu yang menjarakkan empat mata dihadapan Tactical Intex dari Putrajaya.

Berikut merupakan pasukan yang menduduki tangga keempat-kelapan:

  • Tactical Intex (Putrajaya)
  • Fastkill Nov4 (Perak)
  • Noxscape Nova (Labuan)
  • Red Eagle (Kedah)
  • Freedom Rumble (Selangor)

Liga E-sukan Malaysia (MEL) 2022 Free Fire akan menyediakan slot kepada pasukan untuk ke Kejohanan E-sukan Malaysia (MEC) seterusnya ke salah satu kejohanan regional dalam kalendar e-sukan Free Fire.

RELATED NEWS

+