Kuja mencari tanker baru untuk Team Bosskurr

MPL Malaysia musim kelapan penuh dengan kejutan. Pasukan EBLZ baru sahaja menamatkan kemarau kekalahan mereka pada minggu lepas, berjaya menewaskan juara musim ketujuh, RSG MY.

Sebentar tadi, EBLZ sekali lagi mendapatkan kemenangan ke atas pasukan Team Bosskurr dengan skor 2-1. Corak permainan semakin bertambah baik dan rotasi mereka berupaya memberikan tekanan kepada pihak musuh.

Sementara itu, jurulatih Team Bosskurr, Kuja ingin menambah ahli baharu iaitu pemain tank berbakat sebelum jendela perpindahan tutup.

Pengumuman itu dibuat dalam satu hantaran Facebook miliknya sebentar tadi.

“Memerlukan disiplin yang lebih lagi bagi fasa mid game dan ke atas.” tulisnya.

Adakah pencarian ini bakal mengubah corak permainan Team Bosskurr untuk mara ke peringkat playoff nanti? Inilah peluang anda semua untuk menjadi salah seorang pemain profesional ketika ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Foto: Kuja

Kemaskini: Kuja sudah menemui 2 orang pemain tanker dan sedang dalam tempoh percubaan dalam masa secepat mungkin. Di samping itu, beliau juga memohon semua peminat dan penyokong mendoakan pemain itu boleh bermain dengan begitu baik dan membina keserasian bersama pasukan untuk mengembalikan zaman kegemilangan Team Bosskurr.

 

RELATED NEWS

+