Kun Aguero seronok berinteraksi bersama peminat di Twitch

Pemain bola sepak Argentina Sergio Agüero adalah penjaring terbanyak dalam sejarah Manchester City dan antara lima penjaring terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris, sudah mempelbagaikan kerjayanya dan membentuk pasukan e-sukannya sendiri dan juga bermain di Twitch.

Agüero juga mengasaskan pasukan VALORANT, KRÜ Esports, tahun lalu dan berjaya dalam VALORANT Champions Tour (VCT). KRÜ tidak hanya menguasai VCT Stage 3, tetapi juga memenuhi syarat untuk VALORANT  Masters Berlin dan juga memperoleh kelayakan untuk VALORANT Champions akhir tahun ini.

Kerjaya Twitch Agüero juga berjaya memperoleh lebih daripada 3.4 juta pengikut di platform itu. Beliau biasanya bermain VALORANT, Fortnite, FIFA dan Grand Theft Auto V. 

Permulaan Twitch Agüero

Agüero menyatakan bahawa beliau bersyukur kerana keluarganya mampu membeli konsol pada zaman muda beliau. Konsol pertama Agüero adalah Super Nintendo Entertainment System (SNES). Antara permainan kegemaran beliau adalah Super Mario Bros, dan beliau seronok memainkan permainan itu sepanjang kerjaya bola sepak beliau.

Walaupun beliau terbabit dengan dunia permainan video sejak kecil, beliau tidak menceburi industri -e-e-sukan sehingga tahun 2020 dengan KRÜ Esports. Agüero juga mula melakukan streaming di Twitch dan beliau menyebut dirinya sebagai orang yang mudah didekati dan suka berinteraksi dengan penontonnya.

Beliau amat minat akan bermain permainan video dan berkongsi di Twitch kerana perbezaan yang ketara berbanding bola sepak. Agüero menerangkan bahawa semasa bermain bola sepak, beliau tidak bercakap dan terus bermain sahaja. Manakala di Twitch, beliau boleh bersembang bersama peminatnya.

Agüero mengatakan bahawa beliau cuba berkongsi pengalamannya sendiri, yang mungkin menarik bagi penontonnya. Agüero juga menyertai genre ‘Just Chatting’ di Twitch.

Pemain bola sepak itu akan menantikan persembahan pasukannya di acara VALORANT Champions akhir tahun ini ketika KRÜ Esports menuju ke juara dunia untuk mewakili Amerika Latin.

RELATED NEWS

+