“Kunci kemenangan kami adalah Iris,” – Zacus

Pertarungan pertama di hari ketiga minggu kelima Liga Profesional MLBB (MPL) MY musim kesembilan menyaksikan pasukan RSG MY menentang pasukan Geek Fam.

Pasukan Geek Fam harus meningkatkan mutu permainan mereka bagi melayakkan diri ke peringkat playoff.

Di perlawanan ketiga, pasukan RSG MY membawa masuk Johnson dan Helcurt ke dalam Land of Dawn.

Johson digunakan oleh Zacus digandingkan bersama Izanami yang menggunakan Kadita.

Kombo yang dikeluarkan oleh Johnson dan darkness fall memberikan kelebihan kepada pasukan RSG MY.

Selain itu, Zacus dan Izanami menggunakan petrify untuk menghentikan gerakan pasukan Geek Fam.

Geek Fam terus diasak dan mereka kehilangan satu demi satu objektif dan Burpyy tidak boleh melakukan farming seperti biasa.

Selepas memenangi perlawanan sebentar tadi, Zacus ditemubual dan ditanya tentang penggunaan Johnson di dalam perlawanan pertama.

“Perlawanan pertama tidak menjadi menggunakan Johnson kerana kami banyak “blunder”.

“Kunci kemenangan kami pada hari ini adalah kemasukan Iris, dia mahu comeback dan kami mahu balas dendam ke atas Geek Fam,”

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+