Kyrul Gaming jadi penganalisis bagi Team SMG PUBG Mobile

Pengulas kejohanan PUBG Mobile, Khairul Afiq Kamarulzaman atau Kyrul Gaming kini sah menyertai Team SMG sebagai penganalisis pasukan PUBG Mobile itu.

Dalam satu hantaran ringkas di Instagram @teamsmgofficial ada memuat naik video pengumuman lineup rasmi PMPL MYSG musim keempat.

Kyrul sebelum ini pernah mengulas kejohanan besar antaranya PMPL, PMNC dan PMCC.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by Team SMG (@teamsmgofficial)

Mereka memperkenalkan barisan pemain yang terdiri daripada Nazeri ‘Trixnity’ Shahrin, Harith ‘Bard’ Iskandar, Danny ‘Jenny’ Irfan, Aqil ‘Six’ Yusli dan pemain kelima, Ahmad “Ziso” Qayhfishah.

Di penghujung video itu juga, mereka memperkenalkan Kyrul.

Team SMG juga masih mengekalkan jurulatih mereka, Muhammad Hazwan Abd Halim (Savior).

Foto: @smg_kyrul

RELATED NEWS

+