LA Major: Ini Adalah Pasukan-Pasukan Dota 2 Yang Layak – Kecuali China

ESL One Los Angeles 2020 adalah Major ketiga dari Valve bagi Dota Pro Circuit (DPC) musim 2019-2020 dan pusingan kelayakannya sudah berakhir kecuali di China.

Ini adalah pasukan-pasukan yang akan ke Los Angeles bertanding pada 15 Mac hingga 22 Mac 2020 merebut 15,000 mata DPC dan AS$1 juta hadiah wang tunai terkumpul.

  • OG – (Kelayakan Eropah)
  • Secret – (Kelayakan Eropah)
  • Ninjas in Pyjamas – (Kelayakan Eropah)
  • Geek Fam – (Kelayakan Asia Tenggara)
  • Fnatic – (Kelayakan Asia Tenggara)
  • Team Adroit – (Kelayakan Asia Tenggara)
  • Natus Vincere – (Kelayakan CIS)
  • Virtus.Pro – (Kelayakan CIS)
  • Evil Geniuses – (Kelayakan Amerika Utara)
  • Chaos Esports Club – (Kelayakan Amerika Utara)
  • Thunder Predator – (Kelayakan Amerika Selatan)
  • beastcoast – (Kelayakan Amerika Selatan)

Pasukan-pasukan China masih menjalani pusingan kelayakan terbuka hari ini dan akan memulakan kelayakan tertutup pada esok dan lusa. Jadi sehingga itu, kita perlu menunggu siapakah tiga wakil yang layak.

Untuk info lanjut mengenai kelayakan China, anda boleh layari Liquipedia rasmi bagi mengetahui jadual perlawanan akan berlangsung.

Sementara itu, satu slot dari Minor (StarLadder) juga akan diisi tak lama lagi.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+