LA Major: Pasukan Layak Setakat Ini – OG, Secret, Fnatic Dan Geek Fam

Major ketiga dari Valve untuk Dota Pro Circuit (DPC) musim 2019-2020 sudah pun memulakan pusingan kelayakan serantau masing-masing. Baru-baru ini, ESL One Los Angeles 2020 baru saja menyaksikan empat pasukan yang layak dari Asia Tenggara dan Eropah.

OG dan Team Secret masing-masing cemerlang di pusingan kelayakan yang mana bekas juara dunia dua kali itu mengumpul 7 mata dengan tiga set kemenangan sementara Secret yang mempunyai pemain bintang, Nisha dan MATUMBAMAN menyapu bersih dengan rekod 8 mata (menang semua set).

Di pusingan kelayakan Eropah ini juga, ALLIANCE menewaskan OG.Seed bagi slot untuk ke pusingan kelayakan StarLadder Minor.

Bagi Asia Tenggara pula, Fnatic dan Geek Fam masing-masing kumpul 6 dan 7 mata . Geek Fam berjaya menewaskan pasukan IO dianggotai dua pemain Malaysia, Mushi dan Ohaiyo. Fnatic pula menang 2-0 ke atas pasukan Filipina, Team Adroit di separuh akhir.

Kita akan menyaksikan pasukan mana akan dapat slot ketiga untuk dua rantau ini pada hari ini.

Hari ini juga akan berakhir bagi pusingan kelayakan bagi rantau-rantau lain. Anda boleh dapatkan info lanjut bagi waktu perlawanan di Liquipedia LA Major.

Kejohanan itu mengumpulkan AS$1 juta dan 15,000 mata DPC menjadi rebutan.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+