Lagi Bukti The Witcher 3 Mungkin Akan Hadir Ke Switch

The Witcher 3: Wild Hunt dah dilancarkan hampir ke semua platform kecuali Switch. Masih ada harapan ke untuk ia ke Switch pula?

CD Projekt RED belum lagi umumkan apa-apa sebelum ini tapi baru-baru ini ada senarai tawaran kerja untuk The Witcher 3 yang menimbulkan spekulasi. 

Senarai pekerjaan itu ialah untuk “Ketua bagi Software Engineering di GOG Galaxy” (GOG Galaxy adalah platform pengedaran permainan bagi CD Projekt RED). Ia menuntut pemohon untuk “membayangkan yang pembangun boleh menghubungkan pemain menerusi GOG.com, Steam, Xbox, PlayStation dan Nintendo Switch.”

Ia tak merujuk terus atau menyebut tentang the Witcher 3: Wild Hunt tetapi ia mengesahkan yang CD Projekt Red nampak potensi di Nintendo Switch. Kalau pembangun ini memang nak mencari pekerja yang berminat dengan platform hibrid itu maka tak mustahil port Switch untuk The Witcher 3 mungkin akan jadi kenyataan.

Tapi masih ramai yang memikirkan macam mana CD Projekt RED mampu membawakan permainan video ini ke Switch dengan kelancaran seperti di platform lain. 

Jadi janganlah korang terlalu menyimpan harapan terlalu tinggi namun jangan pula rasakan ia sesuatu mustahil!

Sumber: GameRant

RELATED NEWS

+