Lagu Siti Nurhaliza akan hadir ke permainan video musik terkenal Taiko no Tatsujin

Taiko no Tatsujin antara permainan video musik paling popular di Jepun dan juga di dunia.

Buat pertama kalinya permainan video musik ini akan menambah lagu Malaysia.

Anda kini boleh bermain dram dengan lagu Bukan Cinta Biasa dari Siti Nurhaliza.

Bukan Cinta Biasa adalah lagu single pertama Siti Nurhaliza digubah oleh Dewiq yang dikeluarkan pada tahun 2003.

Lagu ini juga memenangi beberapa anugerah seperti Anugerah Planet Musik 2004 sebagai lagu paling popular dan Anugerah Industri Musik 2004 sebagai susunan musik terbaik dalam lagu.

Versi ini juga hanya terhad kepada versi arked sahaja.

RELATED NEWS

+