Lain betul review Genshin Impact dari Abah Boss

Walaupun sudah hampir dua tahun Genshin Impact berada dalam industri, HoYoverse masih membuat beberapa promosi untuk Genshin Impact bagi menarik lebih ramai pemain baharu.

Namun, promosi yang dibuat oleh Abah Boss lebih dari luar biasa.

Promosi ini dibuat di laman Youtube Abah Boss dan ciapan itu diambil dan dimuat-naik ke TikTok

@hazard.a3 Reply to @userxyuuji dh main ke game ni😂 #abahbosstakrilek #abahboss #abahgurusekumpul #geshinimpact ♬ original sound – Tiktok lingkup😂

Selalunya ramai akan mempromosikan Genshin Impact dengan cara terbaik mereka namun Abah Boss menyelit tambahan perkara yang yang dia mohon patut ada dalam Genshin Impact.

Genshin Impact pula banyak mempunyai puzzle (teka-teki) yang banyak menggunakan otak dan boleh dikatakan ada yang sangat susah tanpa bantuan dari pemain lain.

“Masalah dia sekarang misi-misi yang ada kat dalam tu, semua kena pakai akal fikiran dan minda yang bijak. Korang tahu la aku ni otak pun slip disc.” ujar Abah Boss.

Abah Boss memang terkenal dengan lawak-lawak selamba dan bercakap bagaikan semua orang tidak dapat mendengar.

Mungkin lebih ramai lagi akan cuba main Genshin Impact disebabkan Abah Boss?

Sumber: Youtube

RELATED NEWS

+