Latias Dan Latios Kini Dalam Pokemon Go, Bermula Hari Ini

Latias dan Latios, 2 Pokémon lagenda kini boleh ditemukan dalam Pokemon Go bermula hari ini. Pokemon berbentuk naga dan berkuasa psikik ini berasal dari rantau Hoenn dan akan ada di gyms di seluruh dunia untuk masa terhad je.

Pokemon ini dikenal pasti mengembara ke kawasan berlainan dan ini adalah satu kejutan kepada pemain; Trainers di Asia dan Eropah akan melawan Latias yang lebih kecil dalam Raid Battles manakala pemain Amerika Utara, Selatan dan Afrika boleh cuba menangkap Latios. Selepas 8 Mei, mereka akan tukar rantau untuk bagi semua orang merasa dua koleksi ini.

Kedua-duanya akan available sehingga 5 Jun seperti dilaporkan Niantic. Walaupun kedatangan mereka ke dalam game itu satu kejutan, kita dah tahu Latias dan Latios dah hadir ke Pokemon Go untuk beberapa lama; pengkaji data menemui yang Niantic mengubah jantina Pokemon ini tapi diperbetulkan balik secepat mungkin.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+