Layak ke Sukan SEA tetapi tidak akan dihantar – AOV Singapura

Sukan SEA ke-31 di Hanoi, Vietnam kini sudah hampir dan banyak negara sudah mengumumkan nama kontinjen negara.

Namun, buat pasukan Arena of Valor dari Singapura tidak akan dihantar ke Hanoi untuk berlawan dalam Sukan SEA.

Mereka memasuki kelayakan dan layak untuk pergi ke Hanoi tetapi sebaliknya berlaku.

Menurut Dabbit Lim salah seorang pemain AOV dari Singapura, mereka tidak akan dihantar ke Sukan SEA Hanoi kerana dikatakan tiada kepercayaan untuk mendapat pingat.

“Kami dimaklumkan tidak akan dihantar kerana peluang untuk memenangi pingat adalah rendah,” tulisnya.

Pasukan Malaysia dan Filipina juga menghantar kontinjen masing-masing kerana sudah layak semasa kelayakan. 

Arena of Valor boleh dikatakan sedikit kurang popular di Singapura berbanding MLBB, tetapi pasukan ini berjaya mengharungi kelayakan dan mereka layak untuk sertai Sukan SEA Hanoi.

Pasukan Dabbie Lim juga adalah terdiri daripada beberapa pemain yang sama menyertai Sukan SEA 2019 lepas.

Moga kerajaan Singapura dapat membantu pasukan AOV ini supaya mereka layak kerana ramai menyokong untuk pasukan ini mewakili Singapura untuk AOV.

Foto: Gameishard.gg

RELATED NEWS

+