Layla sebenarnya adalah marksman yang sangat kuat

Layla adalah salah satu hero marksman yang sangat popular di kalangan pemain baru Mobile Legends: Bang Bang. Hero ini kelihatan comel membawa senapang besarnya (Malefic Gun) di samping memberikan damage yang tinggi kepada musuh. Layla bertambah kuat selepas hero ini mendapatkan revamp pada tahun 2020.

Jika hero ini digunakan dengan sebaiknya di gold lane, ia akan dapat menguasi lane itu dan memaksa pihak musuh untuk kembali ke base untuk mengisi nyawa kembali. 

Layla dapat memberikan tekanan kepada pihak musuh dengan menggunakan Malefic Bomb. Kemahiran ini sangat berguna kerana jika ia dilancarkan tepat ke arah musuh maka Layla akan mendapat kelebihan serangan dari jarak yang lebih jauh dan menambahkan kelajuan pergerakan.

Selain itu, kemahiran keduanya iaitu Void Projectile mampu memperlahankan pergerakan pihak musuh dan memberikan damage yang tinggi jika dicombo dengan Malefic Bomb. Ditambah lagi dengan Destruction Rush yang mengeluarkan satu laser yang besar ke arah musuh.

Layla sesuai menggunakan item damage seperti Blade of Despair, Endless Battle, Windtalker dan juga Berseker Fury. Demon Hunter Sword juga boleh digunakan untuk menggantikan Endless Battle.

Walaubagaimanapun, Layla tidak mempunyai kemahiran escape mechanism selain menggunakan spell flicker seperti marksman yang lain. Ini menyebabkan ia mudah untuk ditumbangkan oleh hero seperti Lancelot, Ling dan Roger. 

Akan tetapi, ia tidak mustahil untuk digunakan di dalam permainan sekiranya anda mempunyai tanker dan support yang hebat untuk menjaga anda. Layla mampu menyerang musuh dari jarak yang sangat jauh dan kadang kala musuh tidak menyedari mereka sudah mati selepas diserang oleh Layla.

Adakah anda sudah mencuba Layla di Land of Dawn? Jika belum, anda boleh mencuba bermain hero ini di gold lane dan mendapatkan item dengan cepat bagi memenangi perlawanan. Jangan lupa untuk melihat peta juga, pihak musuh pasti akan selalu datang ke lane anda untuk menculik anda.

Foto dan sumber: Mobile Legends

RELATED NEWS

+