League of Legends cecah lebih dari 180 juta pemain – 6 kali ganda rakyat Malaysia

League of Legends kekal menjadi dominasi untuk permainan video terutama untuk permainan video dalam talian dan juga dunia e-sukan.

Ia pada mulanya dilancarkan pada Oktober 2009 kini bertukar menjadi antara permainan video besar terutama dalam genre multiplayer online battle arena (MOBA) yang dibuat oleh Riot Games di Los Angeles.

Semasa pengumuman RiotXArcane, mereka membuat pengumuman bahawa pada Oktober lepas, sejumlah 180 juta pemain aktif  didapati bermain League of Legends.

Boleh dikatakan pemain League of Legends adalah enam kali ganda lebih ramai dari rakyat Malaysia.

“Hari ini, pemain permainan video kami adalah lebih tinggi daripada sebelum ini dan kami berbangga untuk mengatakan era baru sudah datang untuk League of Legends dengan pelancaran Arcane,”

Riot juga dikatakan sedang membina MMO League of Legends dengan CD Projekt berdasarkan dunia Runeterra.

RELATED NEWS

+