League of Legends: Champion support baru, Rell akan tiba tak lama lagi

Nampaknya Riot Games mempunyai kejutan sempena pra-musim mereka yang akan bermula tak lama lagi.

Mereka umumkan champion baru dalam League of Legends iaitu Rell. Wanita menunggang kuda ini bukanlah sembarangan kerana beliau adalah peranan support baru yang lebih agresif dan tanky seperti Leona. 

Mengikut ability dimilikinya, Rell adalah support dengan armor yang tinggi dan mampu untuk pergi ke backline dengan mudah. Beliau akan mencuri armor dan magic resists kepada sesiapa saja yang ditetaknya. Rell juga boleh menarik musuh ke arahnya, lalu membuka ruang untuk strategi yang lebih menarik buat pasukannya.

Saksikan keseluruhan set kuasa Rell dalam video di bawah:

Pastinya seronok jika champion ini mampu hadir ke Wild Rift juga nanti.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+