League of Legends: FrostFire Tubuhkan Skuad Wanita Baru, Qaspiel (Bekas Pemain KLH) Sebagai Jurulatih

Baru-baru ini, organisasi e-sukan tempatan, FrostFire mengumumkan skuad League of Legends baru yang terdiri daripada wanita berbakat!

Ia adalah skuad wanita pertama dan mereka akan menghadapi Liga E-Sukan Wanita (FSL) LoL pada Julai ini. Yang menariknya, jurulatih bagi mereka ialah Qaspiel atau nama sebenarnya Eric Sia Sze Pin yang juga bekas pemain Kuala Lumpur Hunters (KLH) sebelum ini. Beliau sekarang bermain untuk Team Empire.

Korang boleh ikuti perkembangan gadis-gadis ini di setiap page mereka;

FrostFire. Elvrina (Kapten)
FrostFire. Effervescent 
FrostFire. Jasmeme 
FrostFire. Tokkie 
FrostFire. Ashera

Bagi penulis, usaha ini mampu untuk menarik lebih ramai wanita berkecimpung dalam industri e-sukan. Ia adalah langkah permulaan untuk memperlihatkan kepada mereka arena e-sukan yang sebenar.

Semoga berjaya!

Gambar featured image: FB Page FrostFire

RELATED NEWS

+