League Of Legends: Saksikan Bagaimana Hero Baru, Neeko Kelirukan Musuh!

Kalau kita dengar saja berita ada hero League of Legends yang baru, mesti tak sabar nak tau kan?

Bukan apa, Riot Games memang hebat lah dalam pembentukan lore dan set kuasa hero baru, sangat original dan penuh kejutan.

Nampaknya setelah beberapa lama mengacah, Riot mengeluarkan satu video yang memperlihatkan set kuasa Neeko, seorang hero yang boleh menyerupai hero lain. Hmm macam menarik je?

Macam Manusia Campur Haiwan

Lihat gambar di bawah, Neeko adalah seorang champion yang menyerupai ciri-ciri chameleon yang suka bertukar warna tapi dalam kes ini, bertukar bentuk!

Hmm betul-betul macam chameleon.

Apa pula kuasa yang betul-betul menunjukkan Neeko ini seorang hero yang boleh mengelirukan pemain lain? Haa jom perhatikan set kuasanya dalam video di bawah!

PASSIVE: Inherent Glamour

Semestinya kuasa inilah yang menjadi identiti Neeko. Dia mampu bertukar kepada hero lain (ally) melainkan jika terkena serangan dari musuh ataupun menggunakan abilities.

Yang paling best, Neeko boleh mengelirukan pihak musuh kerana berupaya menjadi hero lain di pasukannya.

Q: Blooming Burst

Kuasa ini lebih berkait rapat dengan flora, yang mana Neeko punya main damaging ability. Dia boleh melancarkan kuasa magis seperti orb yang boleh memberi lebih masalah kepada musuh!

Benih yang dilemparkan itu boleh meletup dua kali lagi jika ia berjaya membunuh musuh ataupun terkena hero pihak lawan.

W: Shapesplitter

Kuasa ini mempunyai efek pasif dan aktif. Shapesplitter adalah kuasa yang membuatkan Neeko menerima kelajuan pergerakan dan serangan magis tambahan selepas melakukan tiga kali serangan.

Aktifnya pula, Neeko terus hilang dari pandangan, menjadi halimunan, menerima kelajuan pergerakan dan menghantar klon (rupa bentuk yang sedang digunakan) ke arah berlainan. Hmm, sangat berkesan nak kelirukan orang!

E: Tangle-Barbs

Susah juga kan kalau ada serangan dengan damage tinggi, tapi tiada crowd control!

Semestinya E memberikan Neeko sumber crowd control yang berkesan untuk root pihak lawan. Ia boleh menembus musuh dan bertambah kekuatannya bergantung kepada berapa musuh yang terkena.

Hmm, ini maknanya Neeko boleh sekat pergerakan beberapa musuh sekali gus! Malah, musuh yang paling belakang akan terkena efek paling lama dan damage paling sakit.

R: Pop Blossom

Dengar nama pun dah tahu kuasa ini macam mana.

Disebabkan Neeko perlu berada di tengah-tengah perlawanan, ultimate ini memberikan perisai sebelum memperlahankan dan stun musuh.

Ia mempunyai charge-up jadi Neeko boleh menyorokkan sebahagian kuasa ini menggunakan pasif Inherent Glamour.

Neeko charge tenaga spiritual sebelum melompat ke udara, mendapat perisai dan memperlahankan musuh. Tenaga itu tersangatlah kuat sehingga mengakibatkan tons-of-damage dan stun.

Kalau dia menyamar, musuh takkan nampak Neeko sedang charge! Hmm menakutkan.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+