League Of Legends: Skins Untuk Braum, Ashe, Lulu Dan Xin Zhao Didedahkan

Riot Games baru-baru ini mengumumkan beberapa skins League of Legends untuk Braum, Lulu, Ashe dan Xin Zhao yang mana hero pertama menerima skin Mafia dan yang lain pula menerima kosmetik bertemakan Cosmic. 

Ia ditunjukkan awal hari ini dalam nota Patch 8.15. Di Twitter, League of Legends EU mendedahkan pandang pertama untuk empat skins sementara mereka memasuki server PBE sebelum ia dilancarkan secara rasmi.

Mafia Braum menggunakan perisai dan tampil lebih garang. Cosmic skins pula penuh dengan cahaya dan penampilan inter-galaksi yang mempunyai bintang-bintang dan buruj. Kesemua skin akan berharga 1,350 RP.

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+