League of Legends: Wild Rift Origin Series akan diadakan di Stockholm, Sweden pada 24 September

Kejohanan League of Legends: Wild Rift Origin Series akan diadakan di Stockholm, Sweden dengan hadiah terkumpul €300,000 (RM1.47 juta).

Menurut laporan Esports Insider, kejohanan itu akan bermula pada 24 hingga 26 September ini, menempatkan enam pasukan dalam Origion Series.

Sebanyak tiga pasukan dari kumpulan A, dua dari kumpulan B satu dari kumpulan C akan bertanding. Ia menggunakan format Best of 1 double round robin untuk peringkat kumpulan hari pertama.

Sebanyak tiga pasukan dalam dua kumpulan akan bertanding dan dua pasukan teratas akan layak ke pusingan Knockout.

Manakala hari kedua, pusingan Knockout akan ada bracket single elimination empat pasukan dengan semi final Best of 5.

Hari terakhir pula akan menggunakan format best of 7 jadi pertarungan akan menjadi sangat sengit.

Dapatkan maklumat lanjut di SINI.

RELATED NEWS

+