Sudah semestinya setiap konsol pasti akan sampai ke penghujungnya.
Nintendo Switch 2 sudah diumumkan dan kali ini giliran Sony PlayStation pula.
Konsol generasi terbaru Sony PlayStation 6 dikatakan sudah siap direka dan akan bergerak ke fasa pembikinan.

Gambar hiasan
PlayStation 6 menurut leaker dan dilaporkan oleh TweakTown kini dalam fasa pengesahan silicon dengan rekaan yang sudah siap.
PS6 dikatakan mempunyai AMD semi-custom APU dengan CPU Zen 5 dan UDNA GPU yang mampu bermain permainan video dalam 4K 120fps dan 8K 60fps ketika bermain game.
Konsol ini juga dikatakan bakal mempunyai X3D cache dan AI untuk teknologi upscale.
Tidak disedari ramai, PS5 sudah dilancarkan lima tahun lepas dan selalunya jangka hayat sesuatu konsol adalah 7 tahun ke atas.
Perlu diingatkan ini hanyalah leaks sahaja dan tidak semestinya benar.