Lebih 327,000 pemain EVE Online bantu saintis dengan 330 tahun penyelidikan untuk COVID-19

EVE Online adalah permainan MMO yang membolehkan pemain melombong planet ke planet dan juga melawan dengan pemain lain dalam peperangan skala besar di angkasa. Kini EVE Online berpeluang membantu para saintis untuk penyelidikan COVID-19.

Projek ini merupakan projek sains rakyat dipanggil Project Discovery. Pemain boleh membantu saintis sebenar dengan menyelesaikan masalah yang memerlukan input dari manusia. Sebagai contoh untuk membantu saintis untuk mencari planet baharu. Kini telah hampir setahun pemain EVE Online membantu saintis belajar lebih banyak mengenai COVID-19.

Setakat ini, 327,000 pemain telah menyiapkan 1.37 juta analisis di game EVE Online yang menyelamatkan saintis dari memerlukan penyelidikan selama 330.69 tahun. Penyelidikan ini membantu dari segi pemahaman respon COVID-19 terhadap imun sistem manusia. Ini lah yang sebenarnya bantuan gamers terhadap saintis dunia untuk COVID-19.

Tanpa bantuan pemain EVE, saintis perlu membuat benda yang sama seperti apa yang pemain EVE buat tapi memerlukan masa yang lama.

Gambar permainan mini Project Discovery menunjukan dua kluster sel.

Project Discovery pertama di EVE ada untuk mencari protein didalam sel manusia.

Pemain yang main permainan mini Project Discovery COVID-19 akan melihat graf yang mempunyai sel bermacam-macam warna. Pemain perlu melukis bentuk poligon mengikut kluster.

Pemain juga akan mendapat hadiah setelah membuat Project Discovery kedua untuk mencari planet-planet yang berdekatan dengan solar sistem kita. 

Projek Discovery ini ternyata sangat berkesan untuk membantu saintis dalam perlbagai penyelidikan. Ini menunjukkan komuniti gaming juga mampu untuk menyumbang kepada sains dan kesejahteraan orang ramai di serata dunia.

Sumber rujukan: IGN SEA

RELATED NEWS

+