Lebih 4,000 tiket terjual untuk ESL One Malaysia 2022

Nampaknya kejohanan Dota 2, ESL One Malaysia 2022 menerima sambutan yang begitu meriah dalam kalangan peminat tempatan.

Pengarah Urusan ESL Malaysia, Caitlin Kang mengatakan lebih 4,000 tiket sudah pun terjual.

“Tiket sudah pun terjual lebih 4,000 unit mengikut kapasiti lokasi kejohanan diadakan (Arena of Stars).

“Kami juga masih jalankan kerjasama dengan rakan kongsi, penaja dan media untuk mengedarkan sebilangan tiket,” katanya dalam satu sesi sidang media di Spacerubix, Puchong, Selangor, hari ini.

Dia juga berharap bagi pihak ESL Malaysia, kejohanan seumpama ini dapat diteruskan lagi sebagai acara tahunan. 

“Malaysia adalah salah satu pilihan bagi arena e-sukan yang rancak. Kejayaan atlet e-sukan menginspirasikan ramai anak muda untuk menjadikan karier pemain profesional sebagai satu karier pilihan.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan Kementerian Belia dan Sukan bagi menggilap bakat muda. Sokongan dari mereka sehingga kini adalah sangat menggalakkan,” katanya lagi.

Turut hadir di Sidang Media ESL One Malaysia adalah Timbalan Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Senator Dato’ Sri Ti Lian Ker, Ketua Pegawai Eksekutif Esports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir, Pembantu Naib Presiden Hiburan dan Acara Genting Malaysia Berhad, Roger Ong.

Ini senarai pasukan yang akan menyertai ESL One Malaysia 2022:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ESL Dota2 (@esldota2)

Di bawah pula adalah senarai pengulas dan talents yang akan memeriahkan lagi perlawanan berlangsung:

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ESL Dota2 (@esldota2)

Kejohanan yang mempertandingkan AS$400,000 (RM1.78 juta) akan bermula dengan peringkat kumpulan pada 23 Ogos bagi merebut lapan slot ke playoffs menerusi format best of 2 round-robin.

Playoffs pula akan bermula pada 26 Ogos hingga 29 Ogos ini dan peminat boleh menyaksikan perlawanan ini selama tiga hari di Arena of Stars, Resorts World Genting ataupun menerusi laman penstriman rasmi di Twitch dan Youtube.

RELATED NEWS

+