Lebih daripada 19 juta pemain tebus Star Wars Battlefront 2

Epic Games Store menawarkan permainan Star Wars Battlefront II: Celebration Edition secara percuma pada minggu lepas. Menurut Electronic Arts (EA), lebih daripada 19 juta pemain telah menebus permainan tersebut.

Perkara ini jelas sekali tidak disangka oleh EA kerana mereka mengalami masalah pelayan semasa hujung minggu pertama tawaran ini diberikan. Ramai pemain gagal untuk log masuk dan mengakses fungsi-fungsi dalam talian seperti menyemak kad-kad kemahiran.

Nampaknya masalah ini telah diselesaikan. Penulis sendiri sempat bermain beberapa perlawanan semalam tanpa menghadapi apa-apa masalah. Ini merupakan waktu yang sesuai untuk menikmati permainan ini kerana terdapat ramai pemain yang sedang memeriahkan pelayan.

Jika anda tidak berpeluang menebus Star Wars Battlefront II semasa ia ditawarkan secara percuma di Epic Games Store, ia masih boleh dibeli untuk PC melalui kedai digital tersebut dan juga Steam. Terdapat juga versi PlayStation 4 (PS4) dan Xbox One untuk pemain konsol.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+