Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 akan tiba pada 2022

Akhirnya, setelah menunggu dengan penuh spekulasi Legend of Zelda: Breath of the Wild 2  akan hadir tahun hadapan. Nintendo semalam mengumumkan Breath of the Wild 2 di acara E3 2021. Peminat Legend of Zelda tidak akan terlepas pandang dengan pengumuman seperti ini.

Saksikan video pengumuman Legend of Zelda: Breath of the Wild 2 di bawah:

Menerusi video yang telah ditunjukkan oleh Nintendo, Link bakal mendapat beberapa kuasa baharu untuk membantunya dalam pengembaraan di Hyrule nanti.

Link dan Princess Zelda juga ada didalam video tersebut dan menunjukkan mereka menjumpai mayat Ganondorf di bawah Hyrule Castle.

Spekulasi bahawa Zelda menjadi karakter yang boleh dimainkan juga menjadi tanda tanya.

Nantikan pengumuman akan datang dari Nintendo pada masa hadapan.

RELATED NEWS

+