Legends of Runeterra: Ini antara deck terbaik untuk patch kali ini

Legends of Runeterra adalah permainan pengumpulan dan perlawanan kad yang dikeluarkan oleh Riot Games. Seperti Hearthstone, permainan ini menampilkan watak-watak dan karakter asal daripada League of Legends serta penambahan karakter baru dalam universe sama.

Baru-baru ini, patch Empires of the Ascended dilancarkan. Ia antara patch terbesar untuk permainan ini. Sebanyak 9 champions baru ditampilkan. Jadi apa deck build yang terbaik untuk patch kali ini? Jom baca:

 

Kindred + Nasus

Kod: CECAKAIFBMMSSMBRAEBAKBQDAQDRULZ3AICAKBIQAIBAIBYCBEAQEBIEAEAQIB3Z

Kedua-dua champions ini sememangnya melengkapi antara satu sama lain. Kindred mempunyai pasif yang unik iaitu menyasarkan musuh yang paling lemah sekiranya kad anda menewaskan kad lain dalam pusingan sama. Ini boleh dilakukan menerusi keyword baru iaitu Slain. Jika anda berjaya slain musuh menerusi serangan, ataupun slain kad ally menerusi mana-mana bentuk spell, ia akan dikira sebagai mark trigger untuk pasif Kindred.

Nasus pula akan jadi bertambah kuat bagi serangan dan nyawa mengikut banyak mana musuh berjaya kena slain. Penggunaan kad agresif daripada Shadow Isles mampu meningkatkan sinergi kedua-dua champs ini. Penggunaan kad baru dari Shurima dan agresif dari Shadow Isles bukan saja membuatkan anda membentuk aggro deck tapi juga menakutkan musuh dengan kemunculan Kindred

 

Leblanc + Ashe

Kod: CMCACAYBAIAQIAYEAMAQGBA7EECQCAILCYTCSMACAECAGAQCAEAR4KQEAEAQCBABAEBTKAIEAEFACBADB4

Ashe mungkin dilihat kurang relevan dalam meta sekarang. Namun, kehadiran kad-kad Shurima berjaya membuatkan beliau kembali ke dalam meta. Gabungan kad champion baru Leblanc mampu membuatkan Ashe menjadi sinergi terbaik untuknya. Sebagai contoh, Ashe yang berasal dari Freljord mempunyai kad-kad boleh membekukan serangan, menambah nyawa. Malah, Ashe ketika menyerang boleh membekukan serangan musuh paling kuat.

Ini berkesan dengan Leblanc. Ditambah dengan kad-kad serangan lain, anda akan mempunyai aggro deck yang lebih selamat tapi membunuh. Pasif Leblanc yang akan leveled up selepas mengenakan 15+ Damage pula sangat mudah dilakukan kerana quick attack pada champion tersebut.

Selain itu, selepas naik level, Leblanc akan mendapat kad mimic yang boleh meniru mana-mana kad dihasilkan anda. Kad mimic ini juga meniru keywords yang ada jadi kalau Ashe berjaya kena klon, anda boleh membekukan serangan dua musuh terkuat.

 

TF + Fizz

 

Kod: CMCQCAQEAMAQGBQRAMAQIAJHGQCAEBQ2EYVS4BADAQCQ2EQZAAAQCAQGFI

Twisted Fate dan Fizz adalah satu kombo yang terlalu viral pada ketika ini. Dengan pasif ada pada Fizz (elusive) dan boleh menangkis mana-mana spell dikenakan kepadanya, kombo ini sangat popular. Malah, TF boleh level up cepat dengan penggunaan Rummage. Setiap serangan musuh boleh dimatikan dengan menggunakan kad-kad Burst selepas TF naik level. Destiny cards dimainkan sebanyak tiga kali boleh mengenakan satu damage kepada semua musuh, memegunkan musuh terkuat dan menambahkan spell mana.

Malah, kad-kad dari Bilgewater seperti Wiggly Burblefish sangat berkuasa kerana ia akan berada di 0 mana selepas spell digunakan sebanyak enam kali. Spell2 akan digunakan pula dalam deck ini mempunyai kos yang sangat rendah.

Jadi jika anda mahukan winrate naik, deck ini adalah paling sesuai.

RELATED NEWS

+