Legends of Runeterra menerima kemaskini baru: Beyond the Bandlewood, ada 9 champions baharu

Legends of Runeterra hari ini mengumumkan kemaskini terbaru mereka yang sudah dilancarkan.

Kemaskini patch 2.14.0 Beyond the Bandlewood didatangkan dengan Event Pass, selain kad dan champion baru, kata kunci, Region Road dan barangan kosmetik yang lain. 

Dek kad baru

Selepas didedahkan sejak beberapa minggu lalu, pemain kini boleh melihat senarai kad yang dimasukkan di dalam Beyond the Bandlewood, di Mobalytics dan DAK.GG

Kata kunci baru

Selain itu, terdapat juga kata-kata kunci yang diperkenalkan iaitu Impact dan Manifest serta beberapa kad baru yang menggunakan kata kunci ini.

Champion baru

Bagi Beyond the Bandlewood ini juga mereka memperkenalkan 9 champion baru: 

  • Poppy 
  • Caitlyn
  • Veigar
  • Senna
  • Nami
  • Tristana
  • Sion
  • Xerath
  • Ziggs

Kemaskini Region Road

Selain itu, di dalam patch 2.14.0 ini juga mereka memperkenalkan Region Road yang baru iaitu Bandle City. 

Disamping itu, bagi Region Road Bilgewater, Noxus, Piltover & Zaun, Shadow Isles dan Shurima sudah dipanjangkan sehingga level 40.

Barangan kosmetik baru

Melengkapkan lagi Beyond the Bandlewood, mereka juga membawakan papan Bandlewood Outpost dengan efek visual dan muzik baru, serta pelbagai easter egg interaktif yang boleh ditemui ditemui.

Ia juga akan dilancarkan dengan Event Pass, yang memberikan guardian baru, emote, cardback dan banyak lagi. Dengan pembelian Event Pass, pemain akan mendapat guardian Puffcap Pup terbaru.

Untuk maklumat yang terperinci sila layari laman rasmi Runeterra dan ikuti mereka di YouTube, Twitch, Instagram, Twitter dan Facebook.

RELATED NEWS

+