LEGO: Spider-Man – No Way Home bagi teaser kepada para peminat MCU

Meskipun Spider-Man: No Way Home akan keluar tidak lama lagi, perincian rasmi tentang sekuel tersebut masih samar-samar. Sejak bintang filem ini memberikan sedikit hint tentang judul rasmi filem ini, khabar angin terus tersebar mengenai plot filem yang berpotensi merangkumi banyak pihak.

Kini, LEGO telah memberikan sekilas teaser kepada peminat mengenai blockbuster yang akan datang, menyenaraikan satu set rasmi di laman webnya yang menampilkan kostum baru Spider-Man dan juga Doctor Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch.

Kostum Spider-Man yang sedikit diperbaharui dapat dilihat sebagai LEGO Minifigure pahlawan dan juga promosi karya seni di sisi kotak tersebut. Kostum itu mempunyai warna hitam dan emas yang dengan baju Iron Spider yang dipakai oleh Peter Parker dalam filem Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame. 

Walau bagaiamanapun, kostum hitam merah ini dilihat lebih hampir sama dengan pakaian Spider-Man: Far from Home. Set ini juga menampilkan minifigure Doctor Strange, Zendeya’s MJ dan Benedict Wong’s Wong. Keempat-empat watak tersebut ditampilkan dengan aksi di dalam bengkel di Sanctum Sanctorum.

Sekiranya Spider-Man: No Way home akhirnya menyampaikan pelbagai teaser, mungkin ada lebih banyak LEGO minifures dalam perjalanan untuk mengaitkan filem ini. Bersama-sama dengan Doctor Strange yang dilakonkan oleh Benedict Cumberbatch, filem ini juga akan merangkumi comeback dari Doctor Octopus dan Electro.

RELATED NEWS

+