Leixia berehat, Mom (ex-Orange) masuk RSG MY

Pemain jungler RSG MY, Ahmad Ali Huzaifi (Leixia) kini berehat sementara dari arena kompetitif Mobile Legends dan digantikan posisinya dengan bekas pemain Orange Esports, Adib Rusydi Ahmad Tarmizi atau Mom.

Berita itu diumumkan dalam satu hantaran di Instagram.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG (@rsg.sgmy)

Dalam video itu, kelihatan Leixia menyatakan hasrat ingin berehat dan meminta bantuan ahli pasukan lain jika ada yang ingin menggantikan posisinya.

Video yang diselit elemen lucu itu kemudiannya menunjukkan Leixia menempah pemain jungler dalam talian dan kemudiannya mengalu-alukan kehadiran Mom di depan pintu rumah RSG MY.

Leixia kemudian mengakhiri ucapan “semoga berjaya di Liga Profesional (MPL),” dan menyerahkan jersi.

Bagi pengetahuan umum, Mom sebelum ini adalah jungler di skuad Orange Esports bermain di MPL MY S7 sebelum menyertai skuad Rahasia di pusingan kelayakan musim kelapan dan berjaya layak.

Namun, beliau kemudiannya buat keputusan sertai RSG MY.

RELATED NEWS

+